Berita

Kelindan lori juara Cabaran Memancing Keluarga Malaysia 2022

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Penolong Pengarah Tourism Malaysia Wilayah Tengah, Jasni Abdullah (tiga dari kiri) dan Cik Nur Amanina binti Zulkefle, DBKL kepada pemenang hadiah utama dan hadiah khas ikan keli.
- Diterbit 28 September 2022 6:40 AM MYT

MOHD Bazil Bin Shahrulnazri, 23 dari Ampang, Selangor yang berkerja sebagai Kelindan Lori muncul sebagai juara dalam pertandingan memancing melalui Cabaran Memancing Keluarga Malaysia di Taman Tasik Metropolitan, Kepong, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Kejayaan menarik ikan patin seberat 12.545 kilogram yang membolehkan dia menerima hadiah wang tunai RM7,000 dan berjaya menewaskan 1,400 peserta yang menyertai cabaran ini.

“Saya tak menjangka hanya berumpankan roti berperisa pandan, kemenangan dalam pertandingan ini menjadi milik saya yang mengambil masa menaikkan lebih 15 minit spesis ini.

“Kemenangan ini amat bermakna. Saya menang pula kali pertama tahun 2022 dan sangat bersyukur. Ini hadiah buat ibu dan bapa saya selain berkongsi kemenangan bersama rakan-rakan seperjuangan.

“Saya harap penganjuran ini dapat diteruskan lagi kerana inilah waktu terbaik bagi kaki pancing berkumpul dengan keluarga, selain merapatkan silaturahim sesama kaki pancing,” katanya.

Tempat kedua disandang Shaharel bin Mohd Mokhtar, 38 yang menaikkan spesis patin seberat 8.580 kilogram membawa pulang wang tunai RM2,000 manakala tempat ketiga pula diterima oleh Shaharel bin Mohd Mokhtar, 38, yang membawa pulang RM1,000 apabila berjaya memancing spesies patin yang sama seberat 6.990 kilogram.

Penolong Pengarah Tourism Malaysia Wilayah Tengah, Jasni Abdullah berkata, lebih 300 ikan pelbagai spesies berjaya dinaikkan dalam program Cabaran Memancing Keluarga Malaysia yang julung kali secara besar-besaran selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan selama 2 tahun dapat disatukan melalui aktiviti program memancing ikan semasa dalam percutian secara santai dan menyeronokkan.

“Beliau berkata, pihaknya yakin program itu mencapai matlamat apabila perpaduan dan keharmonian pelbagai lapisan masyarakat tidak kira peringkat usia mahupun agama disatukan melalui aktiviti riadah itu.

“Kita mahu rakyat beriadah, sihat sejahtera seterusnya mengeratkan silaturahim dikalangan wargakota dapat terus bersatu teguh sebagai satu keluarga Malaysia.
Katanya, penyertaan yang menggalakkan membuktikan program seumpama itu mampu menarik kedatangan pelancong domestik dan jika boleh dibuka kepada pelancong antarabangsa bagi meningkat pendapatan negara serta perbelanjaan mereka boleh menjana hasil kepada peniaga-peniaga tempatan.

“Kita ada peserta yang datang dari luar Kuala Lumpur termasuk Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Selangor dan Melaka,”

“Selain itu, ia juga bertujuan memberi motivasi dan sokongan kepada penggiat industri pelancongan kota raya bagi merangsang pertumbuhan semula industri pelancongan di ibu kota terutama tasik di Kuala Lumpur sebagai pusat riadah sihat bersama keluarga selain merapatkan silaturahim dalam kalangan keluarga serta komuniti setempat,” katanya

Pertandingan kali ini dimulakan pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengah hari. Program anjuran bersama Nadi Media Events dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan sokongan Tourism Malaysia.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Penolong Pengarah Tourism Malaysia Wilayah Tengah, Jasni Abdullah dan Cik Nur Amanina binti Zulkefle, DBKL. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas