Berita

JAWI saran solat jenazah ghaib untuk Profesor Dr Yusuf Qaradawi malam ini

- Diterbit 27 September 2022 8:08 AM MYT

SUSULAN pemergian ke rahmatullah ulama tersohor dunia Allahyarham Profesor Dr Syeikh Yusuf Abdullah Al-Qaradawi, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menyarankan kepada semua masjid, surau Jumaat dan surau di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan untuk melaksanakan solat Jenazah Ghaib, kata Pengarahnya, Datuk Mohd Ajib Ismail.

Katanya, JAwI menyarankan agar solat jenazah ghaib itu dilakukan
selepas solat Isyak pada malam ini, 27 September 2022 (Selasa) bagi mendoakan kesejahteraan dan kerahmatan bagi Allahyarham.

Menurut Mohd Ajib, pemergian beliau adalah suatu kehilangan yang besar kepada dunia Islam khususnya bagi umat Islam di Malaysia di atas sumbangan khazanah ilmu yang tidak terhitung nilainya kepada ummah.

“Kami mendoakan semoga Allah SWT menempatkan Allahyarham dalam kalangan para anbia dan solihin,” katanya.

Terdahulu, Ulamak tersohor itu meninggal dunia pada usia 96 tahun di Doha, Qatar

Allahyarham juga terkenal dengan pelbagai penulisan ilmiah yang menjadi rujukan masyarakat Islam seluruh dunia dan telah menulis lebih 120 buku termasuk Al Halal Al Haram Fil Islam. -WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas