Berita

“Kejujuran hatinya membuka hati saya” – Syanie nikah kali ketiga

||
- Diterbit 19 Februari 2021 6:34 AM MYT

SETELAH sekian lama menutup hati buat insan bernama lelaki, akhirnya pelawak dan ahli perniagaan, Syanie Hisham, 47, melangsungkan pernikahannya dengan perunding kewangan, Zahril Hafiz Mohammed Nor, 41, kira kira jam 9 pagi tadi.

“Alhamdulillah majlis pagi tadi berjalan sempurna seadanya. Sepatutnya kami merancang mengadakan majlis keraian pada 21 Februari ini, namun penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mendorong kami menundanya dulu.

“Mungkin bulan depan majlis keraian itu akan dianjurkan,” kata Syanie yang hanya disaksikan bapa, adik perempuannya dan abang kepada pengantin lelaki dalam majlis ringkas dan mematuhi SOP di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

Tiada wang hantaran diserahkan, sebaliknya hanya mas kahwin dalam bentuk gelang emas. Syanie pula hanya menyarungkan cincin ke jari manis suaminya sebagai tanda termeterai ikatan.

Menurut Syanie, Zahril berjaya membuka hatinya until berkahwin setelah dua perkahwinannya sebelum ini gagal. 

“Namun keikhlasan dan kejujuran hatinya membuka hati saya untuk kembali menikmati kemanisan ini.  Ikutkan dia mula  mendekati saya sejak tiga tahun lalu. Ketika itu, saya fikir belum masanya cari pengganti.

“Pengajaran lalu, mematangkan saya. Tapi setahun lalu, dia bersungguh sungguh mahu memancing hati saya. Pada Jun tahun lalu, dia suarakan isi hati kepada ibu untuk memperisterikan saya.

“Sikap budimannya juga antara sebab yang buat saya tersentuh. Dia menjadi lelaki pertama yang berani cakap nak kahwin dengan saya dekat ibu,” katanya yang sebelum ini sudah lima tahun hidup solo, suaminya juga bergelar duda tiada anak.

Bekas peserta MasterChef Selebriti musim kedua itu mendirikan rumah tangga  1996 dan bercerai pada 2002.

Seterusnya perkahwinan kedua  pada 1 Mac 2014, namun berpisah pada 2016. – WILAYAHKU

Foto: Thelane.my

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas