Berita

Lorong Kiri Putrajaya ke Lebuh raya ELITE ditutup sebulan

- Diterbit 19 Februari 2021 9:52 AM MYT

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan jalan bagi memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna sentiasa terjamin.

Berikutan itu, lorong kecemasan dan lorong kiri di antara Putrajaya ke Plaza Tol Putrajaya/Lebuh raya ELITE di KMP2.2 hingga KMP2.0 (Arah Utara) di Lingkaran Putrajaya akan ditutup selama sebulan.

Penutupan ini tertakluk kepada semua kenderaan bermula pada jam 10 malam, 21 Februari sehingga 5 pagi, 22 Mac.

Walau bagaimanapun, lorong kanan masih boleh dilalui oleh semua kenderaan di laluan tersebut.

“Pelanggan yang menghala ke Plaza Tol Putrajaya/Lebuh raya ELITE dinasihatkan supaya merancang perjalanan dengan menggunakan aplikasi PLUS.

“Maklumat trafik terkini boleh didapati melalui paparan CCTV yang disediakan menerusi aplikasi itu.

“Pelanggan juga boleh mendapatkan bantuan pasukan PLUSRonda dengan menekan butang SOS di aplikasi yang sama,” kata pihak PLUS dalam satu kenyataan.

PLUS menyatakan rasa terima kasih di atas kerjasama semua pengguna lebuh raya sepanjang tempoh penyelenggaraan tersebut. – AFIFAH AFIZAL – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas