Selebriti

‘Kami nak bantu Misya, bukan ambil kesempatan’ – Wawa Zainal

- Diterbit 21 Mac 2024 5:00 PM MYT

“KAMI memang nak bantu dia (Misya), sebab yang sebelah sana (Marissa) sudah raih banyak tawaran kerja,” luah pelakon dan usahawan popular, Wawa Zainal.

Wawa berkata demikian pada Majlis Indahnya Ramadan bersama Wawa serentak pelancaran rangkaian produk baharu Wawa Cosmetics, Love Your Skin, baru-baru ini.

Sebelum ini timbul pelbagai reaksi apabila Wawa Zainal atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, 32, memilih madu kepada Marissa Dania, Misya Mazlan sebagai duta tudung syarikatnya.

“Sebenarnya kerjasama ini secara kebetulan berlangsung selepas kontroversi membabitkan mereka bertiga sedang hangat diperkatakan masyarakat.

“Sejujurnya kami sudah buat perjanjian dengan Misya agak lama dulu, jadi kalau anggap kami ‘tunggang’ kontroversi yang berlaku sebagai strategi pemasaran, itu tidak benar,” jelasnya.

WAWA dan Aeril berniat mahu membantu Misya dan bukannya ‘menunggang’ kontroversi yang berlaku.

Pada masa sama, Wawa juga menjelaskan bulan sahaja Misya, syarikatnya turut mengambil ramai pempengaruh bagi mempromosikan jenama Wawa Scarves dan Wawa Cosmetics.

“Kami mahu buka laluan agar dia lebih menonjol, jadi peluang mendapatkan banyak tawaran lain semakin besar, bukan dia saja kerana ramai lagi artis serta pempengaruh wakili produk kami setiap bulan,” ujarnya.

WAWA dan Aeril ditemui Wilayahku pada Majlis Indahnya Ramadan bersama Wawa serentak pelancaran rangkaian produk baharu Wawa Cosmetics, Love Your Skin, baru-baru ini.

Sementara itu, Aeril turut mengulas mengenai pandangan segelintir pihak berkenaan ‘mengambil orang yang teraniaya’ dalam produk mereka.

“Tanggapan ‘mengambil orang teraniaya’, itu kami pasti sama ada dia teraniaya atau tidak, mana tahu dia pun bahagia saja,” ujarnya.

Terdahulu, sekitar Februari lalu, Wawa melantik Misya yang juga madu anak kepada Norman Hakim dan Abby Abadi sebagai wajah koleksi tudung terbaru jenama Wawa Scarves selama tiga bulan.

Pemilihan itu meraih pujian ramai memandangkan ketika itu Misya berdepan situasi sukar apabila pernikahan rahsia suaminya, Aslam dengan Marissa di Songkhla, Thailand terbongkar, sekali gus menjadi isu panas.

Mengenai majlis raikan Ramadan bersama anak yatim dan pelajar, akui Aeril, sejak ditubuhkan pasa 2018, Wawa Cosmetics mengimarahkan puasa dengan berbahagi rezeki.

“Hasrat kami adalah untuk melihat anak-anak ini gembira kerana saya pun menjadi anak yatim pada usia sekitar 17 tahun, dah faham situasi tetapi rata-rata mereka ini masih kecil ketika hilang orang tua.

“Sekurang-kurangnya sumbangan dan sokongan kami ini dapat menyuntik bahagia,” ujarnya lagi.  – WILAYAHKU

 

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas