Berita

Jumlah terkini kes Covid-19 di Malaysia dan beberapa negara dunia

WUHAN telah mencatatkan 50,399 jangkitan, termasuk 46,512 kes pemulihan dan 3,869 kematian sejak pandemik menular.
- Diterbit 8 Jun 2021 7:19 AM MYT

BERIKUT adalah maklumat terkini mengenai COVID-19 di Malaysia dan beberapa negara dunia pada 10 pagi hari ini. .

Data John Hopkins Coronavirus Resource Center  menunjukkan terdapat 173,536,534 kes COVID-19 termasuk 3,734,609 kematian.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 6 Jun, sejumlah 1.900.955.505 dos vaksin telah diberikan di seluruh dunia sehingga 4 Jun.

Amerika Syarikat (AS), India dan Brazil kekal negara teratas dengan jumlah kes positif dan kematian tertinggi. Namun, di negara yang mempunyai kadar vaksinasi lebih tinggi termasuk AS dan United Kingdom (UK) telah menunjukkan penurunan dalam kes baharu.

Kematian di UK menurun mendadak dan India juga menyaksikan penurunan kes baharu harian.

Malaysia rancak meningkatkan kempen vaksinasinya dan antara negara yang terpantas di ASEAN dalam pemberian dos pertama. Khamis lalu, Malaysia mencatat rekod baharu apabila sejumlah 117,563 dos vaksin diberikan dalam sehari, jumlah tertinggi sejak 100 hari Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan. Jumlah pemberian vaksin dijangka mencecah 200,000 sehari pada Julai.

Thailand juga giat menjalankan kempen vaksinasi sejak Isnin dan menyasarkan 500,000 suntikan diberikan sehari dalam masa terdekat.

Jadual di bawah menunjukkan status beberapa negara ASEAN termasuk Malaysia ketika wabak masih menular dan proses vaksinasi sedang rancak dilaksanakan.

 

NEGARA JUMLAH KES DISAHKAN (Kumulatif) KES BAHARU (Dalam 24 Jam) KEMATIAN

(Kumulatif)

% PENDUDUK LENGKAP DOS VAKSIN
AS        33,377,632         5,395    597,946 41.30 %
INDIA        28,909,975        100,636    349,186 3.28%
BRAZIL        16,947,062          39,637    473,404 10.85%
PERANCIS          5,774,361           5,070     110,160 18.77%
TURKI          5,287,980           5,386      48,164 15.77%
UK          4,532,802           5,225    128,103 41.39%
INDONESIA          1,856,038            5,832      51,612 4.11%
FILIPINA          1,269,478            7,205      21,898 1.43%
MALAYSIA              622,815            5,271       3,460 3.53%
THAILAND             179,886            2,419       1,269 1.93%
SINGAPURA               62,210                14             33 30.97%
VIETNAM                 8,791               211            53 0.03%

Jumlah itu berdasarkan data WHO, negara ASEAN, Our World in Data dan John Hopkins Coronavirus Resource Center. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas