Berita

Jumlah kematian gempa bumi Turki cecah 69, usaha mencari, menyelamat masih diteruskan

- Diterbit 2 November 2020 6:23 AM MYT

USAHA mencari dan menyelamat diteruskan di wilayah Aegean Turki pada Ahad petang apabila gempa berkekuatan 6.6 skala Richter melanda wilayah itu, lapor Agensi Anadolu.

Angka kematian akibat gempa pada Jumaat meningkat kepada 69 orang, kata Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD) Turki.

Sejak 7 malam waktu tempatan (1600GMT), sekitar 987 gempa susulan, dengan 43 daripadanya yang bermagnitud lebih empat melanda kawasan itu, kata AFAD.

Ia menambah 949 mengalami kecederaan, manakala 729 daripadanya telah dibenarkan keluar dari hospital, 220 masih dalam rawatan.

Pusat penginapan sementara turut diwujudkan ditubuhkan bagi memenuhi keperluan mendesak di Izmir.

Setakat ini, 1,040 khemah telah dipasang, dengan lebih 1,430 lagi dalam proses pemasangan. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas