Berita

Jualan Rahmah Bergerak dilaksanakan, bantu penduduk Labuan

- Diterbit 19 Januari 2024 11:33 AM MYT

JUALAN Rahmah Bergerak akan dilaksanakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Labuan bantu membantu penduduk di pulau itu.

Menurut Pengarahnya, Junaidah Arbain, pelaksanaan itu adalah selaras dengan matlamat Kerajaan dalam mengutamakan kelangsungan hidup rakyat.

JUNAIDAH

Katanya, pihaknya akan berusaha untuk meningkatkan program Jualan Rahmah seperti yang disarankan oleh Perdana Menteri.

” Kita akan memperbanyakkan lagi program Jualan Rahmah di beberapa pasar raya sepertimana yang telah dilaksanakan pada tahun lalu.

” Bermula tahun ini, kita juga akan mengembangkan program Jualan Rahmah Bergerak yang akan dilaksanakan di kawasan kampung dan lokasi yang strategik di Labuan.

“Program ini akan kita laksanakan pada Sabtu ini” katanya ketika ditemui pemberita, hari ini

Tambahnya, bagi langkah pemantauan bagi meneliti penyeragaman harga barangan, pihaknya mewujudkan satu Jawatankuasa Khas bagi langkah untuk menstabilkan harga barangan keperluan di pulau itu.

” Jawatankuasa ini akan menumpukan penyelesaian bagi isu berkaitan dengan harga barangan yang tinggi di Sabah, Sarawak dan Labuan,” jelasnya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas