Berita

Kos bayaran haji B40 RM12,356, M40 RM19,152

- Diterbit 19 Januari 2024 11:30 AM MYT

BAKAL jemaah Haji dari golongan B40 dan M40 akan menerima bantuan kewangan haji untuk menunaikan rukun Islam ke lima itu pada tahun ini

Dalam sidang media, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Syed Hamadah Syed Othman berkata kadar bayaran haji yang perlu ditanggung oleh B40 adalah sebanyak RM12,356 dan M40 adalah RM19,152.

“Bagi kumpulan B40, bakal haji akan menerima bantuan kewangan berjumlah RM20,944 seorang atau bersamaan dengan 63 peratus daripada kos haji.

“Berbanding dengan tahun lepas, bantuan kewangan haji dan bantuan kerajaan berjumlah RM19,870 atau bersamaan 64 peratus daripada kos haji tahun lepas,” katanya hari ini.

Menurut Syed Hamadah, bayaran haji untuk muassasah bagi kumpulan M40 yang pertama kali menunaikan haji adalah RM19,152 seorang.

“Ini bermakna bakal haji kumpulan M40 akan menerima bantuan kewangan haji berjumlah RM14148 seorang atau bersamaan 42 peratus dari kos keseluruhan.

“Berbanding dengan tahun lalu, bantuan kewangan haji untuk kumpulan M40 adalah sebanyak Rm14, 870 bersaman dengan 48 peratus dari keseluruhan kos haji,” katanya.

Ujar Syed Hamadah, bagi bakal jemaah haji yang tergolong dalam kumpulan T20, mereka perlu membayar kos penuh dari bayaran haji iaitu sebanyak RM33,300 seorang.

Katanya lagi, kos haji bagi seorang bakal haji Muassasah untuk musim haji tahun ini pula meningkat kepada RM33,300 berbanding RM30,850 tahun lalu. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas