Selebriti

Jom tonton Konsert Rockestra Nostalgia secara percuma

Jalan Tangsi Kuala Lumpur pada 20 Oktober 2021.
- Diterbit 22 Oktober 2021 11:14 AM MYT

INDUSTRI muzik tanah air bagaikan ‘bernafas’ semula sejajar dengan peralihan Pelan Pemulihan Negara ke Fasa Empat yang membolehkan Persembahan konsert diadakan.

Terbaharu, Orkestra Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan kembali merancakkan dunia hiburan tanah air dengan penganjuran Konsert Rockestra Nostalgia pada 30 Oktober ini di Panggung Anniversari, Taman Botani Perdana Kuala Lumpur.

Sekitar Sidang Media program Rockestra Nostalgia yang berlangsung di Mayor’s Courtyard, Jalan Tangsi Kuala Lumpur pada 20 Oktober 2021.
Turut hadir, Encik Mohammed Fauzi Ahmad, Bahagian Kebudayaan, JKKPS DBKL.

Apa yang istimewa, konsert ini bakal dijayakan oleh artis-artis tempatan yang pernah menjadi pujaan suatu ketika dulu dengan lagu-lagu malar segar mereka.

Konsert yang akan diadakan secara percuma pada 30 Oktober mulai jam 9.00 malam itu akan menampilkan 45 orang pemuzik orkestra yang akan mengiringi lima artis lagenda Malaysia iaitu Rahim Maarof, Man Bai, Ruhil Amani, Rahmad (Mega), Ito (Blues Gang) dan Asheed , vokalis kepada Kumpulan Def-Gab-C).

Kesemua barisan artis yang akan menjayakan konsert ini bakal menampilkan lagu-lagu nostalgia mereka yang pernah hits dalam konsert yang dijangka diadakan untuk tempoh 1 jam 30 minit hingga 2 jam itu.

Konsert Rockestra Nostalgia ini bakal dipersembahkan secara percuma dan dibuka kepada 250 penonton yang mendaftar awal bagi mendapatkan pas masuk percuma.

Orang ramai yang berminat untuk menyaksikan konsert ini boleh melayari pautan rockestra.wasap.my atau menghubungi talian 018-2454612 untuk maklumat lanjut dan tatacara mendapatkan pas masuk tersebut.

Jumpa anda di sana! – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas