Selebriti

Rhythms of Kinabalu @ Online 2021 bermula hari ini

Land Below The Wind||||JOM tonton Rhythms of Kinabalu @ Online 2021 menerusi Facebook : JKKN TV
- Diterbit 23 Oktober 2021 3:41 AM MYT

KEMENTERIAN Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) meneruskan penganjuran program Rhythms of Kinabalu @ Online 2021 (ROK) bermula hari ini sehingga esok (23 dan 24 Oktober 2021) dan disiarkan menerusi Facebook live JKKN TV.

Program yang dikelolakan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Sabah ini menyediakan pelbagai aktiviti menarik sepanjang ROK berlangsung.

Antara pengisian program yang disediakan bermula pukul 9 pagi sehingga 10 malam adalah Persembahan Kebudayaan (tarian,nyanyian dan muzik), Promosi Tempat Pelancongan Sabah, Promosi Produk dan Kraftangan, Promosi Makanan Tradisi dan banyak lagi.

Pada malam ini, acara yang ditunggu-tunggu sudah tentu Konsert Rhythms of Kinabalu @ Online 2021 ‘Musical Land Below The Wind’ yang merangkumi Bahagian Pantai Barat Utara, Bahagian Pantai Barat, Bahagian Pedalaman Atas, Bahagian Pedalaman Bawah, Bahagian Sandakan dan Bahagian Pantai Timur Sabah seperti nyanyian, tarian, koir, okestra muzik, promosi produk seni budaya dan pelancongan negeri Sabah.

Antara artis tempatan yang membuat persembahan dalam Konsert Rhythms of Kinabalu pada malam ini ialah Jimmy Palikat, Francis Landong, Canang Busker, Fauziah Gambus, Razali Kulintangan, Dyana, Aziz Omar, Siti Fairuz dan Razip@Anip.

Tidak ketinggalan persembahan oleh KulintanganKKN Sabah, Kumpulan Kesenian Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah, Kumpulan Tagap Dance, Kumpulan
Pratama Dance, Kumpulan D’Step serta Kumpulan Pemuzik Tempatan Tradisional Negeri Sabah,

Manakala Kumpulan Pemuzik Okestra Moden (UMS), Artis Budaya Muzik Tradisional Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah, In Unity Chorale Choir dan juga Maya Hejnowska yang merupakan Juara Unduk Ngadau Kaamatan 2021, juga menjanjikan persembahan istimewa buat semua penonton.

Rhythms of Kinabalu @ Online 2021 (ROK) dianjurkan bertujuan untuk penyemarakkan dan pemeliharaan seni tari dan muzik negeri Sabah, menyebarluaskan aktiviti-aktiviti kesenian dalam usaha merancakkan dan memacu sektor industri kreatif di negeri Sabah dan seterusnya meningkatkan apresiasi seni muzik dan tari khasnya masyarakat tempatan di negeri Sabah.

Program yang disiarkan melalui Facebook JKKN TV selama 2 hari ini dianjurkan secara bersama-sama dengan beberapa agensi iaitu JKKN Sabah, Pejabat Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Sabah, Kementerian Pelancongan Kebudayaan dan
Alam Sekitar Sabah (KePKAS).

Rhythms of Kinabalu @ Online 2021 (ROK) bertujuan untuk penyemarakkan dan pemeliharaan seni tari dan muzik negeri Sabah.

Anjuran bersama program ini turut melibatkan Radio Televisyen Malaysia, Tourism Malaysia, Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah, Sabah Tourism, Universiti Malaysia Sabah dan Akademi Seni Dan Teknologi Kreatif (ASTIF).

ROK telah dianjurkan sejak tahun 2011 hingga 2017, terhenti seketika dan di adakan semula pada tahun 2021 dengan konsep yang baharu dan norma baharu akibat daripada pandemik COVID-19 yang mana bentuk persembahan yang ditampilkan mengikuti SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan dari semasa ke semasa.

ANTARA pengisian Rhythms Of Kinabalu 2021 adalah seperti persembahan muzikal ‘Musical
Land Below The Wind’

JKKN Sabah telah menambahbaik serta memberi suntikan baharu dengan mempelbagaikan pengisian aktiviti untuk semua peringkat umur dan sesuai ditontoni oleh seisi keluarga serta khalayak yang berbeza.

JOM tonton Rhythms of Kinabalu @ Online 2021 menerusi Facebook : JKKN TV

Penganjuran program ini diharap dapat memberi impak baharu dalam penyemarakan seni dan industri pelancongan negara khususnya di Sabah, dan seterusnya mewarnai seni di negeri Sabah dalam pelbagai medium dan genre kesenian pada setiap kali penganjurannya.

Apatah lagi meletakkkan ritma dan muzik tradisional negeri Sabah suatu acara penting untuk hidangan dan hiburan masyarakat umum.

Untuk maklumat lanjut mengenai ROK 2021, orang ramai boleh layari laman sesawang www.jkkn.gov.my atau laman sosial www.facebook.com/mysenibudaya dan www.facebook.com/jkknsabah. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas