Selebriti

Fizo Omar kini sah suami kepada bekas pramugari

- Diterbit 22 Oktober 2021 8:09 AM MYT

PELAKON Fizo Omar akhirnya menamatkan zaman dudanya apabila bernikah dengan bekas pramugari Fazeera Nazri, semalam di sebuah resort di Janda Baik.

Bagaimanapun, buat masa ini Fizo dan isterinya yang berasak dari Sarawak itu masih belum membuat sebarang kenyataan berhubung dengan perkahwinan tersebut.

Menerusi laporan portal mStar, pengurus kepada Fizo yang dikenali sebagai Mimi menyatakan pelakon itu akan mengumumkan sendiri berita berkenaan dalam masa terdekat.

Terdahulu, Fizo atau nama sebenar Wan Hafizol Wan Omar pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Mawar Karim pada November 2013 namun bercerai pada 10 Julai 2019.

Menerusi perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Wan Maryam yang kini berusia empat tahun. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas