Berita

Jom meriahkan KLBS’23 bermula hari ini sehingga Ahad

KLBS'23 mempamerkan pelbagai jenis jenama motosikal terkemuka di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur bermula 24 Ogos sehingga 27 Ogos ini.
- Diterbit 24 Ogos 2023 4:05 AM MYT

PENGGEMAR motosikal dijemput memeriahkan Program Kuala Lumpur Bike Show 2023 (KLBS’23) yang sedang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur bermula 24 Ogos sehingga 27 Ogos ini.

Dibuka seawal pukul 10 pagi sehingga 6 petang, pengunjung pasti teruja dengan pelbagai program menarik antaranya pelancaran model-model terbaharu motosikal antaranya Honda, MForce, Brixton dan sebagainya selain menyaksikan pameran jenama seperti Cfmoto, Suzuki, Fantic dan motosikal retro mania.

Malah, KLBS’23 turut menyediakan peluang kepada penggemar motosikal untuk mendapatkan barangan aksesori selain sesi pandu uji.

Turut diadakan pertunjukan fesyen termasuk sesi perbincangan meja bulat yang bertemakan The New Era of Road Safety dan Environmental Social and Governance (ESG) and Mobility.

Selain itu, KLBS’23 juga bakal menampilkan persembahan istimewa kumpulan rock legenda, Wings pada 26 Ogos ini.

Terdahulu, KLBS’23 adalah anjuran Moventuum Sdn Bhd dan Majalah RodaRoda (Bayu D Enterprise Sdn Bhd) yang menumpukan kepada ­industri dua roda iaitu ­motosikal selain menyasarkan kehadiran seramai 50,000 pengunjung sepanjang empat hari acara berlangsung. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas