Berita

Jom berlibur di GL@W Disember ini

PENGUNJUNG boleh mencuba aktiviti flying fox apabila GL@W dibuka kelak.
- Diterbit 28 November 2021 3:00 AM MYT

PRODUK baharu yang dibangunkan Perbadanan Putrajaya (PPj), Glamping@ Wetland (GL@W), Presint 13, Putrajaya sedia menerima tempahan pengunjung seawal 9 Disember depan.

Menurut Presidennya, Datuk Muhammad Azmi Mohd Zain, glamping menawarkan perkhidmatan menginap atau bermalam dalam khemah tanpa mengenepikan aspek-aspek keselesaan dan keselamatan.

“Lebih 95 peratus pembinaan sudah selesai dan insya-Allah GL@W akan mula dibuka kepada pengunjung untuk merasai pengalaman menarik yang tidak dapat dilupakan iaitu bermalam di dalam khemah yang hebat.

“Terdapat 10 buah khemah yang boleh menempatkan maksimum 40 orang dalam satu-satu masa selain 20 tapak perkhemahan yang membolehkan pengunjung
membuka khemah sendiri,” ujar beliau.

Terdahulu, GL@W merupakan trend pelancongan terkini yang hadir dalam pakej santai dengan kelengkapan khemah seperti permaidani, pendingin hawa, buaian, spring bed, tilam yang selesa dan sebagainya.

“Apabila fasa 1 berjalan lancar, kita akan pertingkatkan lagi dari segi bilangan dan kemudahan yang disediakan di kawasan Taman Wetland dari masa ke semasa seiring dengan penambahan pengunjung.

“Setelah ia menjadi tempat tumpuan pengunjung, maka kita akan buka lebih banyak peluangpeluang perniagaan kepada penduduk selari dengan tujuan pembangunan Putrajaya yang tidak akan melupakan penduduk Putrajaya,” ujar beliau kepada Wilayahku.

Selain daripada tapak perkhemahan, GL@W juga menawarkan pelbagai kemudahan dan aktiviti rekreasi kepada semua peringkat umur  antaranya memancing, AllTerrain Vehicle (ATV), flying fox dan sebagainya.

“Pada waktu malam pula, pelancong boleh mencuba night trail yang pastinya menawarkan pengalaman yang berbeza berjalan dalam kawasan Wetland dengan bunyian unggas dan haiwan malam yang  aktif.

“Selain itu, produk ini juga turut menawarkan pengalaman bermain lumpur buat anakanak bandar yang tidak pernah melaluinya sambil mengimbau kembali zaman kanak-kanak suatu ketika dahulu,” ujar beliau. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas