Berita

KWP mahu isu pembangunan sosial 27 kampung di Labuan diatasi

JALALUDDIN ketika berucap di majlis urus libat dan sesi dialog bersama pemimpin masyarakat, di sini pada Sabtu lalu. JALALUDDIN ketika berucap di majlis urus libat dan sesi dialog bersama pemimpin masyarakat, di sini pada
- Diterbit 28 November 2021 6:00 AM MYT

KEMENTERIAN Wilayah Persekutuan (KWP) mahu isu pembangunan sosial dan status pelantikan Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK) di 27 kampung di sini perlu diatasi dengan kadar segera demi kepentingan penduduk pulau ini.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, pihak berkuasa tempatan Perbadanan Labuan (PL) dengan kerjasama Pejabat Ahli Dewan Negara akan memantau setiap isu yang dibangkitkan oleh ketua-ketua kampung.

“Saya harap isu ini dapat diselesaikan di peringkat PL dan Pejabat Ahli Dewan Negara Senator Datuk Bashir Alias dapat menyelesaikan isu tersebut.

“Kalau boleh, saya mahukan isu ini dapat diselesaikan dengan kadar segera dalam tempoh minggu ini. Kita tidak mahu isu ini menjadi berlarutan kerana ia boleh menjejaskan keharmonian dan kesejahteraan penduduk,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan libat urus dan sesi dialog bersama pemimpin-pemimpin masyarakat di sini, pada Sabtu lalu.

Hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan Datuk Roslan Che Daud, Ahli Dewan Negara merangkap Pengerusi Majlis Penasihat PL Senator Datuk Bashir Alias, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Rithuan Mohd Ismail.

Jalaluddin berkata, kementeriannya akan mengambil perhatian serius mengenai isu-isu tersebut untuk mencari jalan penyelesaian segera.

Mengulas mengenai status Labuan sebagai pulau bebas cukai sejak tahun 1956 seperti tidak mempunyai keistimewaan berikutan harga barangan yang tidak lagi menarik perhatian pelancong luar.

Isu ini harus dibincangkan ahli jawatankuasa ini, dan yang boleh diselesaikan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia selesaikan dengan sebaiknya bagi memastikan status bebas cukai itu masih relevan. -WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas