Selebriti

“Jangan rasa bosan patuhi SOP” – Rozita Che Wan

- Diterbit 22 September 2021 11:00 PM MYT

LENGKAP dua dos vaksin COVID-19 bukanlah alasan untuk mana-mana individu mengambil mudah akan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Ini kerana terdapat segelintir masyarakat bersikap acuh tak acuh dalam mematuhi SOP setelah mendapatkan dos lengkap.

Menurut pelakon terkenal Rozita Che Wan yang juga duta pelitup muka Himaya (warna merah samar iaitu Blush Rose), kreativiti diperlukan agar masyarakat tidak bosan dengan pematuhan SOP.

Misalnya sebagai wanita yang mementingkan gaya dan ketrampilan, tentunya Rozita Che Wan atau mesra di sapa Che Ta tidak mahu ‘mencacatkan’ gayanya dengan memakai pelitup muka yang tidak sedondon dengan pakaiannya.

Pelitup muka Himaya yang menyasarkan wanita berhijab adalah pilihan terbaik pelakon itu kerana ia menepati ciri-ciri untuk wanita bergaya dan dapat menjaga keselamatan diri.

Che Ta berkata, memakai pelitup muka sudah menjadi kewajiban kepada masyarakat bagi memutuskan rantaian wabak itu.

“Walaupun saya sudah mendapatkan suntikan lengkap vaksin namun kita masih perlu berhati-hati kerana tidak semestinya mereka yang sudah lengkap dua dos vaksin tidak akan dijangkiti. Jangan rasa bosan dalam mematuhi SOP.

“Saya amat mementingkan gaya dan pelitup muka Himaya ini menetapi kehendak saya kerana ia bukan saja mempunyai pelbagai pilihan warna, ia juga mendapat pengiktirafan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) dan ada empat lapisan. Jadi saya tidak perlu memakai dua lapis pelitup muka.

“Pemakaiannya juga amat mudah. Selepas siap sedia untuk keluar, anda boleh terus memakainya tanpa perlu menyangkutnya di telinga (sebelum memakai tudung) seperti mana pelitup muka jenama lain,” katanya.

Jelas Che Ta, sekarang pelitup muka adalah sebahagian daripada aksesori, kena padankan dengan warna baju.

“Tiada alasan untuk tidak memakai pelitup muka kerana sudah banyak yang menawarkan pelbagai warna menarik, ia juga bergaya, simple dan tidak leceh untuk memakainya serta selamat digunakan.

“Saya ada semua warna pelitup muka.Pelitup muka ini juga tidak berbulu dan tidak gatal hidung,” katanya.

Pelantikan Rozita Che Wan sebagai duta untuk warna baru Himaya melengkapkan barisan duta sedia ada iaitu Erra Fazira, Elfira Loy, Wany Hasrita, Amira Othman dan Nabila Razali. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas