Sekilas

Sumbangan Bakul Keluarga Malaysia ringankan beban PVATM

Datuk Mohd Irwan Rizal Mohd Ali Napiah menyampaikan Bakul Keluarga Malaysia kepada PVATM
- Diterbit 24 September 2021 3:22 AM MYT

DEMI menyahut seruan kerajaan, Persatuan Komuniti Prihatin Setiawangsa (MYSETIAWANGSA) memberi Sumbangan Bakul Keluarga Malaysia kepada warga Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Pejabat Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) Setiawangsa pada 18 September lalu.

Sumbangan ini diserahkan oleh Presiden MySetiawangsa Datuk Mohd Irwan Rizal Mohd Ali Napiah.

“Saya berharap inisiatif Bantuan Bakul Keluarga Malaysia ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban ahli PVATM dan rakyat terutamanya di Parlimen Setiawangsa yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

“Dalam situasi hidup yang semakin mencabar ini, kami tidak lupa akan kebajikan mereka.

“Ini kerana kebajikan seluruh masyarakat dan kepentingan terhadap mereka sentiasa menjadi keutamaan,” ujarnya yang telah merancang pelbagai program untuk membantu masyarakat.

Turut hadir bersama ialah Yang di-Pertua PVATM Wilayah Persekutuan yang juga merangkap Ketua Cawangan Persatuan Veteran ATM Setiawangsa, Brigadier General (B) Dato’ Pahlawan Shamsudin Abbas.

PRSIDEN MySetiawangsa, Datuk Mohd Irwan Rizal Mohd Ali Napiah (tengah) menyampaikan Bakul Keluarga Malaysia kepada PVATM

Bantuan Bakul Keluarga Malaysia merupakan sebahagian daripada inisiatif daripada MySetiawangsa untuk membantu masyarakat di Setiawangsa yang terjejas akibat pandemik
COVID-19.

Sehingga hari ini, seramai 1,500 keluarga yang menerima manfaat setakat September 2021. Pemberian sumbangan tersebut dilakukan secara berperingkat dan diselaraskan mengikut keperluan isi rumah. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas