Berita

“Jangan pandang remeh kesihatan mental” – Johan As’ari

- Diterbit 3 Februari 2021 6:11 AM MYT

SEMPENA sambutan Hari Wilayah baru-baru ini, kita dapat lihat banyak kemudahan yang telah kerajaan sediakan buat warga Kuala Lumpur antaranya adalah taman awam.

Pelakon Johan As’ari menganggap usaha kerajaan mengindahkan taman awam banyak manfaatnya buat masyarakat.

“Antara kemudahan yang penting untuk rakyat adalah taman awam. Di sinilah tempat warga wilayah boleh menghabiskan masa untuk beriadah bersama keluarga dan kawan-kawan.

“Kita pun tahu, dalam suasana kita semua masih ‘berperang’ dengan COVID-19 dan masalah ekonomi yang dihadapi, ramai yang stres.

“Jangan hanya fokus kepada kesihatan fizikal, aktiviti sebegini sangat perlu untuk kesihatan mental sekaligus mengubati stres yang dialami.

“Jangan pandang remeh terhadap penjagaan kesihatan mental.

“Apabila beriadah dengan kemudahan taman awam, bukan badan sahaja sihat tetapi stres pun hilang,” luah Johan yang akan muncul dalam filem Mat Kilau.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas