Berita

Jabatan Pertanian lawat KK4, Presint 14 Putrajaya

AHLI KK4 bergambar kenangan bersama pegawai Bahagian Pertanian Bandar, Jabatan Pertanian yang hadir melawat baru-baru ini.
- Diterbit 12 Disember 2019 4:33 AM MYT

SUBUR. Usaha untuk meningkatkan hasil pertanian yang dilakukan ahli Kebun Komuniti KK4, Presint 14 Putrajaya mendapat perhatian Bahagian Pertanian Bandar, Jabatan Pertanian.

Semasa siri lawatan yang diadakan 2 Disember lalu, pihak jabatan memberi nasihat dan tips terkini bagi memastikan pokok yang ditanam berada dalam keadaan sihat dan subur.

Antara tips yang diberikan ialah pentingnya oksigen yang cukup untuk bahagian akar oleh itu, lubang ‘over flow’ pada bahagian pot takungan air perlu diperbesarkan.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas