Berita

PAWE Putrajaya, MMU jalin kerjasama perniagaan

PAWE Putrajaya bersama pelajar MMU selepas program kerjasama keusahawanan di Cyberjaya baru-baru ini.
- Diterbit 12 Disember 2019 4:32 AM MYT

PENGALAMAN. Warga emas semestinya mempunyai banyak pengalaman sama ada dalam pengurusan maklumat, keusahawanan mahu pun tata kerja.

Justeru, bagi membolehkan keupayaan dan pengalaman mereka terus tersebar luas, pelajar Multimedia Universiti (MMU), Universiti Brunel dan Universiti Bunkingham London yang berpangkalan di sini menjalinkan kerjasama dengan pusat aktiviti warga emas (PAWE) Putrajaya. Seramai 30 peserta terlibat.

Menerusi kolaborasi tersebut, PAWE akan berkongsi pengalaman dengan pelajar-pelajar universiti terlibat bagi menghasilkan perniagaan perkongsian.

Malah, perniagaan yang dirancangkan itu akan dilaksanakan melalui pendigitalan yang mana pengalaman ber­kenaan digabungkan dengan pengetahuan teknologi yang dimiliki pelajar masa kini.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas