Selebriti

“Ini kerja Allah…” Kazar harap netizen jangan terlalu kasar beri komen

- Diterbit 30 Oktober 2022 1:42 AM MYT

PELAKON popular Kazar berharap netizen lebih beradab dalam memberikan komen berhubung isu yang dikaitkan dengan anaknya, Ira Kazar.

Ira Kazar sebelum ini didakwa kononnya menjadi punca keretakan rumah tangga pelakon Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana.

Ketika ditemui Wilayahku, Kazar atau nama sebenarnya Kazaruddin Saisi, 63, enggan mengulas lanjut kerana kes itu masih dalam proses mahkamah.

“Tak tahu lah, tak nak komen apa kerana masih dalam proses di mahkamah. Lagipun ini bukan hal saya.

“Ini kerja Allah kita tak boleh kata apa, semua pun kena tanya Dia,” ulasnya pendek.

Kazar ditemui ketika Anugerah Seri Angkasa 2022 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya malam tadi.

Kazar hadir selepas tercalon dalam kategori Anugerah Pelakon Komedi TV Terbaik yang diundiungguli oleh Noorkhiriah.

Sementara itu, Kazar berharap apa yang berlaku dapat diselesaikan dengan cara baik.

“Harapan saya, kalau boleh berdamailah. Bukan masalah besar sangat. Damai je lah.

“Saya nasihat pada netizen jangan terlalu kasar sangat. Komen yang baik-baik, ini semua kerja Tuhan.

“Ira pula kami satu keluarga menyokong dan sentiasa berada disisinya,” tambahnya.

Pada 30 Jun lalu, Puteri Sarah memfailkan saman terhadap Ira yang didakwa mengganggu rumah tangganya sejak empat tahun lepas.

Malah, pelakon itu juga mendapatkan perintah interim injuksi kepada pihak defendan berhenti meluah atau menyebarkan sebarang gangguan dalam media sosial.

Pada akhir Julai, Pengarah Jawi, Datuk Mohd. Ajib Ismail mengesahkan Ira Kazar hadir memberi keterangan berhubung gangguan orang ketiga dalam rumah tangga membabitkan Sarah dan Syamsul.

Ira disiasat berdasarkan Seksyen 38 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997.

Terdahulu, pergolakan rumah tangga antara Puteri Sarah dengan Syamsul berlarutan sejak empat tahun lalu selain dia mengesahkan mereka tidak lagi tinggal sebumbung gara-gara gangguan orang ketiga. – WILAYAHKU

 

 

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas