Berita

Industri pelancongan… Nancy menyambut baik kempen Kids’ Safe Travel

Dr Nur Shasa Ain Tan Sri Abdul Aziz.||SHASA bersama artis popular iaitu Diana Danielle (paling kiri) serta sebelah kanan Haiza dan Suki.||DAPHNE Iking sebagai hos dalam pelancaran Kempen Kid’s Safe Travel
- Diterbit 11 April 2022 9:52 AM MYT

PANDEMIK COVID-19 yang melanda negara dua tahun lalu memberi kesan kepada kemasukkan jumlah pelancong ke negara ini.

Pada tahun 2019, jumlah kemasukkan pelancong ke negara ini mencatat sebanyak 26 juta. Bagaimanapun hanya sejumlah 4.3 juta dicatatkan sejak 2020.

Jumlah berkenaan berjaya dikumpul hasil pelancongan dalam negeri bermula dengan ‘travel bubble di Pulau Langkawi’ disebabkan penutupan pintu sempadan.

Tidak hanya sektor pelancongan yang terjejas, tumbesar anak-anak turut mengalami gangguan akibat daripada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) kerana terpaksa berkurung terlalu lama disebabkan larangan melakukan aktiviti di luar.

DATUK Seri Nancy Shukri (tengah) merasmikan Kempen Kid’s Safe Travel yang berlangsung di Banquet Hall Kelab Golf Contry Club (KLGCC) semalam.

Sempena dengan pembukaan sempadan negara dan pengumuman fasa endemik oleh kerajaan bermula 1 April yang lalu, Pengasas Ola & Oli Sdn Bhd dan Jom Kembara Utan, Dr Nur Shasa Ain Tan Sri Abdul Aziz, 38, memperkenalkan Kempen Kid’s Safe Travel iaitu kempen yang bertujuan untuk memupuk budaya pencegahan agar pergerakkan kita lebih selamat dan terkawal.

Majlis disempurnakan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Yang Berhormat Datuk Seri Hajah Nancy Shukri yang berlangsung di Banquet Hall Kelab Golf Contry Club (KLGCC) pada Ahad.

Menurut Nancy, beliau gembira melihat anak Malaysia terutama sekali golongan muda menunjukkan kesungguhan dan inisiatif sendiri untuk memulihkan sektor pelancongan dan kebudayaan negara.

“Ini membuktikan inisiatif kerajaan di bawah agenda Keluarga Malaysia kini berjaya menarik perhatian usahawan seperti Dr Shasa dan pasukannya dalam membantu ekonomi negara pulih secara holistik.

“Saya percaya kesungguhan itu adalah atas dasar cintakan negara dan minat yang mendalam dalam mempromosikan keindahan negara yang mewah dengan pelbagai adat dan budaya,” katanya yang memuji usaha syarikat Ola Oli yang menitikberatkan soal keselamatan dalam kalangan kanak-kanak.

Nancy berkata, bukan sahaja soal keselamatan, kempen ini juga menguatkan lagi ikatan Keluarga Malaysia.

“Kempen Kids’ Safe Travel ini juga dilihat mampu menyuburkan semula budaya ‘mencegah lebih baik daripada merawat’ yang amat diperlukan pada masa ini, agar aktiviti pelancongan Keluarga Malaysia, dapat dilakukan dengan selamat dan terkawal.

“Semoga semua inisiatif ini, dapat memulihkan semula ekosistem pelancongan dan kebudayaan negara dengan cepat melalui penglibatan Keluarga Malaysia menerusi kempen “Kids’ Safe Travel” . Insya Allah.

“Dalam masa yang sama, kempen itu juga kita mengharapkan agar dapat menguatkan institusi kekeluargaan melalui pelancongan di dalam negeri bersama anak-anak dengan berobjektifkan melancong sambil mempelajari budaya, sains, seni dan alam semula jadi yang sangat istimewa di negara kita di atas platform menarik melalui animasi dan aplikasi Jom Kembara Utan,” kata Nancy.

PENGASAS Ola & Oli Sdn Bhd dan Jom Kembara Utan, Dr Nur Shasa Ain Tan Sri Abdul Aziz.

Sementara itu Dr Shasa yang juga bergelar seorang pakar Audiology pula berkata, objektif penganjuran Kempen Kids’ Safe Travel adalah bagi menggalakkan ibu bapa membawa anak mereka keluar dan mengelakkan daripada terus berkurung di rumah.

Menurut Dr Shasa sebagai seorang yang turut bergelar ibu, dia memahami perasaan sesetengah ibu bapa yang masih lagi paranoid untuk membawa anak mereka keluar kerana bimbang dijangkiti wabak COVID-19 apabila bergaul dengan orang ramai.

SHASA bersama artis popular iaitu Diana Danielle (paling kiri) serta sebelah kanan Haiza dan Suki.

Justeru, bagi memastikan ibu bapa dapat membawa anak mereka keluar dengan selamat beliau memperkenalkan makanan tambahan yang diperbuat daripada malt coklat keluaran syarikatnya Ola & Oli.

Dr Shasa juga berkata, formulasi produk SupeOla Immu B+ itu dibuat bersesuaian dengan selera kanak-kanak yang tidak menggemari produk makananan yang berperisa buah-buahan.

“Objektif kami memperkenalkan Kids’ Safe Travel adalah untuk menggalakkan ibu bapa membawa anak mereka keluar rumah serta menjalani kehidupan normal seperti sebelum zaman pandemik bagi menguatkan lagi institusi Keluarga Malaysia dan kembali memeriahkan sektor pelancongan negara.

“Bukan untuk mengembara semata-mata, makanan tambahan itu juga sesuai untuk diambil ketika keluar bersiar-siar dihujung minggu, atau pulang ke kampung untuk berhari raya dan ianya juga boleh diambil bagi kanak-kanak yang sudah pun ke sekolah,” katanya.

DAPHNE Iking sebagai hos dalam pelancaran Kempen Kid’s Safe Travel

Menurut Dr Shasa lagi, mereka mensasarkan golongan kanak-kanak kerana golongan itu adalah pelapis masa depan negara. Justeru perhatian yang lebih harus diberikan kepada golongan itu kerana mereka bakal bergelar pemimipin satu hari nanti.

Berkenaan pemilihan produk makanan tambahan, Dr Shasa berkata, walaupun mempunyai banyak pilihan makanan yang seimbang, namun bukanlah mudah untuk memaksa golongan kanak-kanak memakan makanan yang seimbang.

Lebih-lebih lagi ketika melancong dan mengembara. Bagi memudahkan ibu bapa untuk memastikan anak-anak kekal sihat katanya, menyebabkan dia memperkenalkan SupeOla Immu B+ yang dapat membantu menggalakkan peningkatan sistem imun badan.

“Kita adalah apa yang kita makan, akses anak-anak terhadap makanan memang banyak tetapi bukan senang untuk menggalakkan mereka untuk makan makanan yang seimbang terutama sekali ketika melancong.

“Idea untuk menghasilkan produk makanan tambahan ini tercetus ketika PKP di atas hasil kajian saya terhadap COVID-19 dan masalah pendengaran. Jadi salah satu cara untuk mencegah COVID-19 menjadi lebih teruk adalah meningkatkan sistem imunisasi anak melalui makanan tambahan.

“Selain daripada memperkenalkan produk kami, kempen ini juga bertujuan untuk mempromosikan melancong dan mengembara dengan selamat melalui kempen Kids’ Safe Travel.

“Di mana, kita masih boleh membawa anak-anak keluar tetapi haruslah mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan dan dalam masa yang sama dapat menguatkan lagi sistem imunisasi mereka dengan makanan tambahan,” tambahnya lagi.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas