Biz

Ifa Raziah terus bantu usahawan selebriti sempena StarVendor Foodstival Perak

- Diterbit 27 Disember 2023 9:45 AM MYT

SELEBRITI serba boleh, Ifa Raziah sekali lagi membantu usahawan selebriti bersempena StarVendor Foodstival Perak yang bakal berlangsung selama dua hari pada 30 Disember 2023 hingga 1 Januari 2024.

Bertempat di Stadium Indera Mulia Ipoh, ini adalah kali yang kedua StarVendor Foodstival  diadakan di negeri tersebut.

StarVendor Perak Foodstival 2023 bakal menyaksikan pembabitan 40 artis terkenal tanah air yang turut membuka ‘booth’ dan menjual rangkaian produk mereka sendiri.

Antara selebriti yang terlibat ialah Datuk Norman Abdul Halim, Datuk Nora Ariffin, Noraniza Idris, Datuk Seri Vida, Zarina Zainuddin, Salina Saibi, Serina Redzuwan, Syean Mokhtar Reen Rahim, Nadia Brian, Cheta Pot Pet, Nur Ristena, Lan Pet-Pet, Faezah Elai, Syuk Sahar, Acong Sweetchild, Han Budak Cina, Dr Dhia, Linda Eva, Fauzi Nawawi dan Lisdawati.

Acara ini turut diserikan dengan dua pengacara popular iatu Ahfad dan Kelly Azman

Ketua Pegawai Eksekutif StarVendor, Ifa Raziah berkata, matlamat penganjuran ini juga adalah untuk memberi platform yang eksklusif kepada usahawan tempatan dan selebriti tanah air untuk berniaga.

“Niat saya untuk bantu usahawan – usahawan tempatan  mencari rezeki terutama sekali rakan – rakan artis yang berniaga.

“Dalam waktu yang sama saya meihat rakan selebriti yang saya bawakan untuk kali ini semuanya yang mempunyai produk hasil tangan mereka sendiri,” katanya.

Pada tahun ini pelbagai acara menarik disajikan khas untuk pengunjung antaranya acara jualan indoor dan outdoor, segmen bual bicara Women To Women, Pertandingan Ratu Cilik, Karaoke Starvoice dan persembahan istimewa Ukay’s, Qalam Band dan Pretty Ugly.

Selain artis, antara rakan penaja sepanjang acara ini berlangsung ialah  Mitsubishi Motors Malaysia sebagai pengangkutan rasmi Starvendor dan Lofty Ambition Sdn Bhd. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas