Selebriti

Ibu Liyana Jasmay meninggal dunia

LIYANA (kiri) bersama ibunya, Allahyarham Habshah.
- Diterbit 12 Mei 2023 2:22 AM MYT

IBU kepada pelakon popular Liyana Jasmay, Datin Habshah Simpon, meninggal dunia pagi ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh saudara terdekat keluarga Allahyarham yang dikenali sebagai Misz Erna menerusi hantaran di Instagramnya.

“Innallilahiwainnailahirojiun. Hari ini Maklang tinggalkan kami semua, di hari jumaat yg mulia ni, tinggalkan mama alone.

“But its ok cause we know ur pain of losing Paklang selama 18 bulan, Maklang harungi dan redha atas pemergian Your soulmate.

“Sekarang Maklang rehatlah di alam abadi sana, semoga bertemu cinta hati Paklang dekat sana nanti,” tulisnya.

Misz Erna juga meluahkan rasa terima kasih kepada Allahyarham Habshah kerana banyak mendidiknya selama ini.

“Terima kasih atas didikanmu, nasihat dan kasih sayangmu selama ni. Thank you for teaching us all girls in the family macam mana nak sayang dan taat suami serta berbakti hingga ke hujung hayat. You were my role model of a good mum and wife.

“Buat semua famili dan kawan-kawan yang mengenali my lovely auntie ni, tolong doakannya dan halalkan segala jika ada,” ujarnya.

MISZ Erna (kiri) bersama Allahyarham Habshah

 

Sebelum ini, suami Allahyarham Datuk Jasmay Md. Shah meninggal dunia pada Disember 2021 akibat kanser paru-paru.

Allahyarham Habshah dan Jasmay meninggalkan empat orang anak, Juzaili Jasmay, 46, Faradilla Jasmay, 43, Adriana Jasmay, 41, dan Liyana, 35. – WILAYAHKU

 

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas