Biz

Hutang 6 angka, Rina puji bekas jururawat bangkit melalui bisnes

Faith Fleur
- Diterbit 6 November 2021 9:09 AM MYT

BEBANAN hutang hingga enam angka tidak menghalang pengasas jenama Faith Fleur dan juga Leaf, Siti Mariam Abdul Samad dan suami, Mohamad Abdul Halim Bahadorisam untuk bangkit dan berjaya mengubah kehidupan mereka.

Menurut Pemilik Ctymary Resources Sdn. Bhd., Siti Mariam, perubahan tersebut tidak datang begitu saja sebaliknya memerlukan kesungguhan dan tindakan yang berterusan mengikut ilmu serta strategi yang terbukti berkesan.

Katanya, tanpa ilmu dan bimbingan mentor usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman mungkin beliau masih belum berada pada tahap mencapai jualan jutaan ringgit setahun.

“Saya bersyukur kerana bukan saja dapat mengubah kehidupan keluarga sendiri malah ribuan orang terdiri daripada suri rumah, pekerja awam mahupun swasta, graduan yang menjadi ejen Faith Fleur mampu menjana pendapatan.

“Dalam Faith Fleur yang memasuki tahun kelima, kami sudah melahirkan beberapa usahawan mencapai jualan lebih RM1 juta setahun dan ramai lagi yang bakal menyusul, Insya Allah” katanya ketika ditemui dalam program Jerayawara Jutawan Wanita di ibu pejabatnya sebentar tadi.

RINA Harun (tengah) bersama pengasas produk penjagaan rambut, Faith Fleur, Siti Mariam dan Mohamad Abdul Halim ketika kunjungan Jerayawara Jutawan Wanita sempena program Wanita Bangkit Berniaga di ibu pejabat Faith Fleur sebentar tadi.

Jerayawara Jutawan Wanita bersempena program Wanita Bangkit Berniaga hari ini juga menerima kunjungan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd. Harun; Pengarah Eksekutif RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks International), Hasnita Ahmad serta Pengasas Bersama Faith Fleur, Mohamad Abdul Halim.

Wanita Bangkit Berniaga merupakan kolaborasi strategik bersama Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) dilancarkan pada 21 Oktober lalu oleh Rina akan diadakan pada 26 hingga 28 November menyediakan peluang bagi golongan wanita dibimbing malah mulakan perniagaan.

Tambah Siti Mariam, jika beliau dan suaminya mampu merubah kehidupan menjadi lebih baik dan dapat selesaikan bebanan hutang yang tinggi, tak mustahil juga bagi anggota masyarakat di luar sana.

Dalam pada itu, Rina memberitahu, beliau sangat teruja melihat usahawan jutawan seperti Siti Mariam dan pasangannya yang berjaya bangkit mengubah bukan saja kehidupan sendiri malah ramai keluarga lain.

“Sumbangan mereka bukannya kecil, sebaliknya begitu signifikan kepada institusi kekeluargaan di negara dengan memberikan peluang pekerjaan di samping menjana pendapatan sebagai seorang usahawan.

“Mereka ini boleh dijadikan sebagai ikutan dan inspirasi kepada orang ramai terutama golongan wanita yang mahu bangkit dan ubah kehidupan menjadi lebih baik dari sekarang,” jelasnya.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman web wanitabangkitberniaga.com .(Untuk digital/online minta hyperlink kepada web). – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas