Selera

Air Tangan Bonda

||
- Diterbit 6 November 2021 8:00 AM MYT

SETELAH setahun tidak dapat meraikan sambutan Deepavali bersama keluarga tersayang, ianya kembali meriah apabila kelonggaran diberikan dan dapat disambut seperti tahun-tahun sebelumnya.

Pasti ramai yang sedang melakukan persiapan lebih-lebih lagi pelbagai juadah akan turut dihidangkan. Buat mereka yang buntu hendak masak apa pada khamis ini, jom cuba resipi masakan Deepavali daripada sentuhan Datin Seri Shamsiah Md Yassin bersama Chef.

 

Ayam Varuval

BAHAN TUMIS
Daun Kari
Cili kering
Biji jintan manis
Bawang putih dikisar
Halia dikisar
Cili serbuk
Kulit kayu manis
Bunga lawang
Buah pelaga
Garam masala

BAHAN PERAP AYAM
Kunyit serbuk
Serbuk Kari
Garam sedikit
Bawang putih dikisar
Halia dikisar

CARA PENYEDIAAN
1. Perap ayam dengan bahan-bahan selama setengah jam.
2. Goreng ayam yang telah diperap, kemudian asingkan.
3. Tumis bahan-bahan tumisan sehingga kekuningan.
4. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaul sehingga sebati.
5. Masakkan siap untuk dihidang.

 

NASI BRIYANI

BAHAN-BAHAN
Bawang merah dipotong
Kayu manis
Bunga lawang
Buah pelaga
Daun pandan
Susu cair
Rempah briyani
Beras basmathi
Minyak sapi

CARA PENYEDIAAN
1. Tumis semua bahan sehingga garing.
2. Masukkan rempah briyani dan susu cair.
3. Apabila sudah mendidih, masukkan beras basmathi. Biarkan sehingga kering.
4. Akhir sekali, masukkan pewarna kuning sedikit sahaja. Biarkan masak sehingga naik bau.
5. Hiaskan hidangan dengan daun ketumbar dan bawang goreng. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas