Artikel

Hidangan MIGLIORE COFFEE Permaisuri sedap dan murah!

|||||||
- Diterbit 12 Disember 2020 4:30 AM MYT

WALAUPUN ramai terkesan kerana pendapatan terjejas akibat pandemik COVID-19, itu bukan halangan untuk anda menikmati hidangan mewah dengan harga yang murah.

Migliore Coffee cawangan Bandar Seri Permaisuri, Kuala Lumpur yang terletak di stesen minyak Petron adalah pilihan tepat.

Di sini, anda boleh menikmati hidangan barat dan tempatan yang mewah serta eksklusif ada harga murah serendah RM4.90 jika dibandingkan restoran lain setarafnya.

Mula dibuka dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada Julai lalu, pemiliknya Syed Zahid Syed Mohamad, 42, memahami situasi ramai pelanggan yang terjejas
pendapatan.

“Langkah saya membuka restoran dalam tempoh PKPB bukanlah keputusan yang mudah. Namun saya kuatkan semangat dan sentiasa percaya rezeki itu pasti ada selagi kita tidak jemu untuk berusaha.

“Bagi saya dalam perniagaan, kita tidak boleh takut untuk mencuba. Semua perniagaan ada risikonya. Walaupun dalam keadaan agak tertekan sekarang, saya tetap meneruskannya.

“Dalam masa yang sama, saya juga mahu para pelanggan menikmati makanan serta minuman istimewa pada harga yang mereka mampu dan sesetengah hidangan lebih murah berbanding di tempat lain.

“Jangan risau, kepada mereka yang ragu-ragu untuk masuk ke restoran kami, anda cuba sekali pasti nak lagi,” ujar Zahid yang turut menawarkan khidmat pembelian secara dalam talian.

Bagi Zahid, ini salah satu cara untuk masyarakat menikmati hidangan dari Migliore Coffee tanpa keluar rumah.

“Alhamdulillah.. Para pelanggan tetap mahukan hidangan kami walaupun ada sesetengah mereka risau untuk keluar rumah.

“Kualiti makanan serta minuman sangat dititikberatkan agar kepuasan pelanggan terjamin.

“Jangan bimbang, selain hidangan yang sedap dan murah, kami juga mengutamakan  khidmat penghantaran terbaik buat pelanggan,” katanya lagi yang menyediakan lebih 60 menu makanan dan minuman.

Antara hidangan yang menjadi permintaan tinggi di Migliore Coffee di sini adalah set asam pedas tenggiri, daging masak hitam, daging dan ayam masak lemak cili api, kari ayam, beef bolognese, chicken bolognese, spaghetti carbonara, nasi lemak ayam rendang, mushroom soup dan aneka jenis pemanis mulut.

Manakala antara minuman panas dan sejuk yang menjadi kegemaran ramai adalah chocolate iced blended, hazelnut matcha green tea, premium teh tarik dan white mocha.

Jangan tidak tahu, coffee latte, coffee premium, salted caramel cappuccino dan boba milk brown sugar juga antara yang menjadi pilihan ramai.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas