Berita

Fedtri Yahya syukur anak sulung raih 8A UPKK

- Diterbit 18 April 2024 6:00 PM MYT

PENGACARA popular Ahmad Fedtri Yahya berkongsi berita gembira anak sulungnya, Indah Sutera Jannah meraih keputusan cemerlang dalam Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2023, hari ini. Indah mendapat keputusan 8A dalam peperiksaan tersebut.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Fedtri di laman Instagramnya, dia meluahkan rasa syukur dan tidak menyangka anaknya mendapat keputusan cemerlang.

“Keputusan UPKK sudah keluar. Ya Allah… Syukur! Tahniah kakak. Kakak kerja keras. Rezeki nak masuk umur baru tak lama lagi. Sebak menangis mama dan daddy hari ini. Syukur,” katanya.

Kemudian dalam satu lagi hantaran yang berbeza, bapa kepada empat cahaya mata itu memuat naik video reaksi anak sulungnya apabila mendapat tahu dia memperoleh keputusan cemerlang.

Dalam video berkenaan dapat dilihat Fedtri memberikan telefon bimbit kepada Indah Sutera Jannah agar membuka keputusannya sendiri.

“Kejayaan kecil hari ini untuk yang lebih besar pada masa hadapan. Amin, kakak tak sangka dapat 8A.

“Sebab katanya subjek Sirah agak payah. Apa-apa pun syukur. Contoh terbaik untuk adik-adik,” tulis pengacara Jejak Rasul itu bersama hantaran tersebut. – WILAYAHKU

 

 

 

 

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas