Berita

Lana Nordin alami jangkitan kuman pada usus

- Diterbit 18 April 2024 11:49 PM MYT

JANGKITAN kuman pada bahagian usus menyebabkan pelakon Lana Nordin dikejarkan ke sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur, hari ini.

Menerusi Instagram, Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nordin, 46, berkata, dia buntu dan tidak tahu bagaimana boleh jatuh sakit secara tiba-tiba.

“Doktor sahkan saya ada jangkitan pada bahagian usus sehingga ia bengkak. Tidak tahu puncanya dari mana. Mungkin salah makan.

“Saya tak boleh bangun sejak empat hari sebelum ini. Sekarang tak boleh balik rumah selagi usus masih bengkak,” katanya.

Lana juga memohon maaf kerana tidak dapat membalas pertanyaan rakan-rakan media dan artis disebabkan dirinya yang masih lemah.

“Terima kasih kepada yang bertanya khabar. Doakan saya semoga cepat sembuh dan dapat pulang ke rumah bersama keluarga.

“Saya mohon maaf kepada semua terutama rakan media dan artis kerana tidak dapat membalas mesej dan menjawab panggilan kalian,” katanya.

Terdahulu, pengurus Lana memberitahu Lana terpaksa dikejarkan ke hospital selepas tiba-tiba mengalami kesakitan yang teruk pagi tadi dan tidak tahu punca penyakit yang dihadapi. – WILAYAHKU

 

 

 

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas