Selebriti

Eman Manan, Beto masih ‘berbisa’

- Diterbit 3 November 2022 5:15 AM MYT

ANUGERAH berprestij itu juga turut menyaksikan pelakon veteran Eman Manan meraih trofi Pelakon Lelaki Drama TV Terbaik menerusi drama Satu Kampung Dua Orang.

Trofi Pelakon Wanita Drama TV Terbaik pula diraih aktres veteran, Khatijah Tan hasil lakonan mantap dalam drama Rabak.

Anugerah tersebut juga menyaksikan kategori Skrip Drama TV Terbaik dimenangi Sham Hashim menerusi drama Scammer yang disiarkan Astro Ria.

Kategori Pelakon Lelaki Drama Radio Terbaik dimenangi Beto Kusyairy menerusi drama Anugerah Terindah, manakala Lisdawati diumum Pelakon Wanita Drama Radio Terbaik (Akhirnya Bahagia Meluruh).

Selain itu, ASA2022 menyaksikan kategori Pengacara TV Terbaik dimenangi Fedtri Yahya menerusi Program Jejak Rasul TV3.

Bagi kategori Penyampai Berita TV Terbaik pula, penyampai Buletin Utama TV3, Norliza Mohd.

Zain menewaskan empat finalis lain. Turut cemerlang, Nor Izzati Lockman dari Majalah TV3 yang memenangi kategori Majalah TV Terbaik.

Bertemakan Kemuncak Kecemerlangan seiring Sambutan Jubli Emas, ASA2022 menyaksikan 72 kategori termasuk 43 kategori televisyen dan 22 kategori radio dipertandingkan dalam acara yang berlangsung selama dua hari. ASA2022 kembali setelah menyepi enam tahun dianjurkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM).

Pentas ASA2022 malam kemuncak itu turut dihangatkan dengan persembahan hebat daripada Datuk M Nasir, Datuk Jamal Abdillah, Datuk Hattan, Datuk Syafinaz Selamat, Noraniza Idris, Misha Omar, Hazama, Amir Masdi, Haqiem Rusli, Tajul dan Wani Kayrie. ASA2022 dihoskan oleh Fara Fauzana, Terrence Dass dan Enn Xaviera. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas