Berita

DUA RESIPI RINGKAS MAKANAN DIET

||
- Diterbit 8 Januari 2022 2:30 AM MYT

MENCARI resepi masakan diet yang sedap?

Semasa berdiet, semestinya anda ingin menikmati hidangan yang masih enak tanpa perlu memaksa tekak untuk menelan sayur-sayuran semata-mata. Tetapi, bolehkah makan sedap-sedap semasa diet?

Semestinya ya, jika kena dengan caranya. Untuk itu, berikut akhbar Wilayahku senaraikan dua masakan diet yang sesuai untuk anda. Selamat mencuba!

PUDING ROTI SOS VANILA

BAHAN PUDING

2 keping roti mil penuh dipotong kecil-kecil

200 ml susu segar

1 biji telur

Madu atau stevia

Kismis

Cranberry kering atau kekacang

BAHAN SOS VANILA

200 ml susu segar

1 biji telur

Madu atau stevia

Esen vanilla

CARA PENYEDIAAN

  1. Untuk bahan puding, kacau semua bahan kecuali roti.
  2. Kemudian, curahkan ke atas roti.
  3. Taburkan kismis, cranberry kering atau kekacang.
  4. Bakar pada suhu 180 °C selama 30 minit.
  5. Untuk sos vanila, masak semua bahan atas api hingga sedikit pekat.
  6. Sejukkan sebelum dihidang.
  7. Sedia untuk dihidang.

SALAD BUAH-BUAHAN

BAHAN-BAHAN

1 biji buah pelam

2 biji epal hijau

2 biji epal merah

Kismis hitam (jumlah ikut kesukaan)

Anggur

½ tin susu cair

1 yogurt rendah lemak perisa strawberi

5/6 sudu mayonis buah-buahan

CARA PENYEDIAAN

  1. Campurkan kesemua bahan-bahan dan gaulkan sebati.
  2. Sedia untuk dihidang. – WILAYAHKU
Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas