Utama

Dua hari pencahayaan merah di Pintasan Saloma

Pintasan Saloma menggunakan tema pencahayaan sempena warna bendera Palestin. Gambar: Edisi 9 Pintasan Saloma menggunakan tema pencahayaan sempena warna bendera Palestin. Gambar: Edisi 9
- Diterbit 27 September 2021 5:30 AM MYT

PERBADANAN Kampong Bharu (PKB) menetapkan tema pencahayaan Pintasan Saloma berwarna merah sempena Hari Jantung Sedunia pada 28 hingga 29 September 2021.

Menurut PKB, National Heart Association of Malaysia selaku ahli World Heart Federation menyambut baik kolaborasi bersama PKB dan pencahayaan akan bermula jam 7.00 malam.

“National Heart Association of Malaysia selaku ahli World Heart Federation menyambut baik kolaborasi bersama PKB bersempena Hari Jantung Sedunia.

“Pencahayaan warna merah di Pintasan Saloma akan bercahaya pada 28 hingga 29 September 2021 bermula jam 7.00 malam sehingga 12.00 tengah malam,” katanya menerusi kenyataan media.

PKB dalam kenyataanya menjelaskan Sambutan Hari Jantung Sedunia merupakan agenda tahunan di seluruh dunia yang bertujuan memberi kesedaran tentang kepentingan gaya hidup sihat bagi mencegah penyakit jantung.

“Inisiatif ini diperkenalkan oleh World Heart Federation sebuah organisasi di Geneva Switzerland, merupakan sambutan terbesar untuk kesihatan kardiovaskular.

“Ia juga menjadi medium dalam meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai penyakit jantung, faktor risiko dan bahaya penyakit jantung serta langkah-langkah bagi mencegah penyakit jantung,” jelasnya.

Tambahnya pencahayaan warna merah adalah juga sebagai tanda sokongan, mesej Hari Jantung Sedunia dan simbol visual perjuangan menentang risiko kematian pra-matang akibat penyakit jantung.

Dalam pada itu, PKB berkata mereka sentiasa prihatin dan menyokong inisiatif kempen hari-hari kesihatan.

“PKB melalui Pintasan Saloma sentiasa prihatin bersama masyarakat di Malaysia dan dunia untuk menyokong inisiatif kempen hari-hari kesihatan dan kesejahteraan kepada dunia,” tambahnya. -WILAYAHKU- DIANA AMIR

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas