Berita

Disyaki bom ikan, tujuh ditahan APMM di Labuan

- Diterbit 11 Disember 2023 1:54 PM MYT

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Labuan menahan tujuh lelaki termasuk enam warga asing dipercayai terbabit aktiviti mengebom ikan di kedudukan kira-kira 29 batu nautika barat laut perairan Tanjung Kubong, Sabtu lepas.

Pengarah Zon Maritim Labuan Kepten Izwanhadi Idros berkata mereka yang dinaiki sebuah bot induk dan diiringi sebuah sampan ditahan kira-kira 12 tengah hari menerusi satu operasi khas, Op Vernon dengan kerjasama Jabatan Perikanan Labuan.

Beliau berkata kesemua yang ditahan terdiri daripada seorang tekong warga tempatan berusia 40 tahun dan enam kru warga asing berusia lingkungan 25 hingga 61 tahun, dengan dua daripadanya tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas