Berita

DBKL tangguh larangan penjualan liquor sehingga 31 Oktober

- Diterbit 30 September 2021 9:27 AM MYT

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menangguhkan larangan menjual minuman keras jenis liquor di kedai runcit, serbaneka dan kedai ubat cina bermula 1 Oktober sehingga 31 Oktober ini.

Dalam satu kenyataan, DBKL berkata, penangguhan ini bertujuan untuk memuktamadkan kajian berkaitan kawalan penjualan liquor di Kuala Lumpur.

“Kemudahdapatan dan aksesibiliti liquor telah menjadi aduan dan bantahan, kerana ianya mendatangkan kemudaratan kepada keselamatan orang ramai,” katanya hari ini.

Katanya lagi, pada masa ini pemilik Lesen Minuman Keras (LMK) runcit masih dibenarkan menjual minuman tersebut. jenis liquor di kedai runcit, serbaneka, dan kedai ubat cina.

Terdahulu Garis Panduan LMK yang telah digunapakai yang berkuatkuasa pada 15 November 2020 menyatakan larangan penjualan liquor di kedai runcit, serbaneka, dan kedai ubat cina akan berkuatkuasa 1 Oktober ini. –WILAYAHKU

 

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas