Berita

DBKL minta penjaja perbaharui Lesen Sementara KL Prihatin

PEMBAHARUAN lesen boleh dilakukan melalui laman sesawang yang disediakan.
- Diterbit 10 Januari 2022 4:36 AM MYT

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) meminta peniaga yang masih aktif untuk memperbaharui Lesen Sementara KL Prihatin.

DBKL dalam kenyataannya memaklumkan Inisiatif Wilayah Bebas Berniaga untuk penjaja Lesen Sementara KL Prihatin telah tamat pada 31 Disember lalu.

“Walau bagaimanapun, inisiatif tersebut telah dilanjutkan mulai Januari 2022 sehingga Jun ini.

“Susulan itu, penjaja yang masih aktif menjalankan aktiviti perniagaan dikehendaki untuk mencetak semula lesen yang baharu bagi tujuan pembaharuan lesen,” katanya.

Jelasnya dalam tempoh inisiatif ini dilaksanakan tiada bayaran fi lesen dikenakan buat penjaja yang memohon.

“Penjaja-penjaja yang telah memperolehi lesen tidak perlu mengemukakan permohonan baru.

“Bagi urusan pembaharuan dan panduan cetakan lesen boleh dilakukan dengan melayari laman sesawang https://elesen.dbkl.gov.my/,” tambahnya.

Lesen Sementara KL Prihatin adalah di bawah inisiatif Wilayah Bebas Berniaga yang dilancarkan pada 10 November 2020.

Inisiatif Wilayah Bebas Niaga bermula pada 15 November 2020 sehingga 31 Disember 2021 dan telah dilanjutkan mulai Januari 2022 sehingga Jun 2022. –WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas