Berita

DBKL buka permohonan Bazar Iftar Ramadan

- Diterbit 4 Februari 2020 5:13 AM MYT

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengalu-alukan individu yang berminat untuk memohon Permit Sementara Bazar Iftar Ramadan Tahun 2020 di sekitar ibu negara.

Pengarah Jabatan Perancangan Korporatnya, Khairul Azmir Ahmad berkata, permohonan boleh dibuat mulai 10 hingga 17 Februari ini.

“Pendaftaran permohonan Bazar Iftar Ramadan hanya boleh dibuat melalui atas talian (online) secara individu sahaja.

“Sebarang surat menyurat tidak diperlukan. Permohonan secara atas talian yang tidak lengkap, dokumen tidak jelas dan maklumat palsu akan ditolak,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Khairul Azmir, syarat permohonan adalah warganegara Malaysia, berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh permohonan, beragama Islam, menetap di Kuala Lumpur dan Lembah Klang serta memohon satu lokasi sahaja.

Jelasnya, dokumen lampiran yang diperlukan adalah salinan MyKad, gambar berukuran pasport berlatarbelakang biru gelap, salinan buku akaun bank atau salinan slip penyata akaun yang disahkan bank serta bil utiliti atas nama dan alamat tempat tinggal pemohon.

Tambahnya, untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh mengubungi talian 03-20282537/2538/2541/2621 dan senarai lokasi boleh layari https://elesen.dbkl.gov.my/ebazar. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas