Berita

DBKL batal hampir 400 lesen perniagaan babit kesalah sewakan kepada warga asing

- Diterbit 20 Mac 2024 12:34 PM MYT

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah membatalkan kira-kira 387 lesen perniagaan dan penjaja atas kesalahan menyewakan kepada warga asing.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustaffa berkata tindakan itu diambil dari tempoh 2022 sehingga Febuari 2024 yang lalu.

“Dari tahun 2022 hingga Feb 202, DBKL telah membatal 321 lesen premis dan 66 lesen penjaja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan yang dikemukakan oleh Senator Datuk Mohd Hisamudin Yahaya yang bertanyakan mengenai langkah jangka panjang DBKL dalam menangani masalah sosial seperti Mini Dhaka di Kuala Lumpur yang sering muncul selepas operasi penangkapan warga asing tanpa izin dilakukan.

Zaliha berkata, menerusi operasi di Mini Dhaka yang dilaksanakan dalam bulan Januari hingga Febuari sahaja, DBKL telah melakukan 34 tindakan sitaan.

“Dengan kerjasama DBKL dan Bomba, kita telah adakan operasi bersepadu dan ini juga telah kita laksanakan tindakan robohstruktur sekatan dalaman dan ini telah melibatkan 108 struktur binaan yang telah dilakukan di empat buah premis,” katanya – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas