Berita

COVID: Kes baharu meningkat, catat 5,419 kes dalam tempoh 24 jam

Selangor kekal negeri tertinggi kes harian iaitu sebanyak 1,996 orang diikuti Sarawak (718), Kuala Lumpur (650), Negeri Sembilan (396) dan Johor (366). Foto - Twitter KKM
- Diterbit 15 Jun 2021 8:52 AM MYT

KES baharu harian COVID-19 hari ini meningkat kepada 5,419 dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah kumulatif jangkitan di dalam negara adalah 667,876 orang setakat ini.

Semalam jumlah kes baharu menunjukkan penurunan apabila 4,949 kes dicatatkan berbanding 5,304 pada Ahad.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di laman Twitter berkata, Selangor kekal negeri tertinggi kes harian iaitu sebanyak 1,996 orang diikuti Sarawak (718), Kuala Lumpur (650), Negeri Sembilan (396) dan Johor (366).

Selain itu, Kedah (252), Kelantan (245), Sabah (230), Melaka (155), Labuan (138), Pulau Pinang (124), Perak (68), Terengganu (43), Pahang (32), Putrajaya (lima) dan Perlis (satu). – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas