Berita

COVID: 5,566 kes baharu, Selangor kekal catat kes tertinggi – KP Kesihatan

5,566 kes baharu COVID-19 direkod dalam tempoh 24 jam lepas, meningkat sedikit daripada 5,271 kes yang dicatat semalam. - Kredit foto oleh - Twitter KKM
- Diterbit 8 Jun 2021 9:46 AM MYT

SEJUMLAH 5,566 kes baharu COVID-19 direkod dalam tempoh 24 jam lepas, meningkat sedikit daripada 5,271 kes yang dicatat semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi perkongsian dalam laman Twitter berkata berikutan itu, jumlah kumulatif kes positif di Malaysia setakat ini ialah 627,652 kes.

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi iaitu 1,524 kes dikuti Sarawak (707); Negeri Sembilan (505); Kuala Lumpur (466); Johor (456); Sabah (350); Melaka (314); dan Perak (225).

Selain itu, Kelantan merekodkan 204 kes; Labuan (191); Pulau Pinang (185); Pahang (157); Kedah (148); Terengganu (106); Putrajaya (27); dan Perlis (satu). – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas