Masjid Al-Muhsinin santuni asnaf dan oKU
MAt NAYAN (kanan) menyampaikan sumbangan tunai selain barang keperluan dapur kepada seorang asnaf di kawasan kariah berkenaan

Masjid Al-Muhsinin santuni asnaf dan oKU

MENYEDARI kehidupan asnaf yang serba kekurangan, telah mendorong Ahli Jawatankuasa Masjid Al-Muhsinin, Taman Danau Desa, tampil menghulur sumbangan bagi meringankan beban yang ditanggung mereka.

Pengerusinya, Mat Nayan Ramli berkata, program Menyantuni Asnaf di kawasan tersebut diambil setelah menyedari kesulitan dan tekanan hidup yang terpaksa dilalui oleh tujuh keluarga kurang bernasib baik hidup dalam kesusahan.

Katanya, sumbangan barang keperluan dapur dan tunai antara RM150 hingga RM300 kepada warga memerlukan terutama golongan berpendapatan rendah itu untuk meringankan beban mereka akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam
usaha mencegah penularan CoviD-19.

“Program bantuan asnaf dan orang kurang upaya (oKU) hasil inisiatif AJK Masjid Al- Muhsinin yang telah mengenal pasti rakyat yang memerlukan sekitar kariah ini.

“Jadi, hasil kesepakatan, kami telah berkunjung ke rumah setiap asnaf menyampaikan bantuan barang dapur dan sumbangan tunai. Setakat ini, tujuh buah rumah asnaf termasuk seorang oKU telah menerima sumbangan,” katanya.

Menurut Mat Nayan yang juga sebagai Timbalan Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Sub Zon 1, Seputeh, usaha dilaksanakan diharap dapat mengurangkan sedikit beban kewangan setiap keluarga terbabit yang kini terbatas untuk meraih pendapatan daripada perniagaan kecil-kecilan.

CATEGORIES