Berita

China hasilkan kapal persiaran gergasi pertama

- Diterbit 11 November 2020 7:50 AM MYT

KAPAL persiaran gergasi buatan China yang pertama, H1508 kini memasuki limbungan untuk dibina, dan dijadualkan siap sepenuhnya pada separuh pertama 2023.

Menurut laporan, kapal bertaraf Vista sepanjang 323.6 meter dengan lebar 37.2 meter itu boleh memuatkan 5,246 penumpang serta dilengkapi 2,125 bilik dan bangunan hiburan setinggi 16 tingkat meliputi pusat persembahan, restoran, bar, kafeteria, pusat beli-belah dan taman air, sekali gus digelar “bandar moden bergerak atas laut”.

Meskipun mempunyai proses pembinaan yang kompleks, namun pengurusan dan pemasangan dalam limbungan berjalan lancar.

Sementara itu, difahamkan buat pertama kalinya model pemasangan tiga dimensi akan diaplikasikan dan boleh dilihat secara dalam talian di laman web serta telefon pintar, bertujuan mengoptimumkan kepelbagaian pemasangan serta menjaminkan kualiti.

Untuk rekod, H1508 telah memasuki fasa pembinaan secara menyeluruh pada Oktober 2019.

Walaupun dihambat cabaran getir setelah wabak COVID-19 menular, China masih berjaya memulakan pemasangan berkenaan mengikut jadual ditetapkan. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas