Berita

Romantiknya.. AKWA ARIFIN Buat NAJWA LATIF Jatuh Cinta

|KOLABORASI kedua Najwa Latif dan Akwa Ariffin
- Diterbit 11 November 2020 4:50 AM MYT

“WALAUPUN kadang ada duka, kau tak pernah putus asa, sentiasa buat aku jatuh cinta…”  Itulah kata-kata penyanyi Najwa Latif,25, kepada Akwa Arifin. Romantik kan? 

Kata-kata itu telah diungkapkan oleh Najwa kepada penyanyi rap Akwa yang berkolaborasi dengannya dalam lagu Dua.

Dalam video muzik Dua, Najwa dan Akwa nampak romantik seperti pasangan yang sedang dilamun cinta. Sesuai dengan lagu Dua yang mengisahkan pasangan yang saling menerima seadanya.

“Apa yang saya boleh cakap, saya amat meminati karya-karya Akwa di laman Youtube.

“Ini adalah lagu kedua kami bekerjasama selepas lagu Tak Kisah Pun. Saya akui serasi bekerja dengan Akwa,” kata Najwa yang sudah tujuh tahun menangguhkan lagu Dua ciptaannya bersama adik-beradik iaitu Ellgee dan lirik oleh Akwa.

KOLABORASI kedua Najwa Latif dan Akwa Ariffin dalam lagu Dua

Bagi Najwa, dia percaya kelewatan lagu ini ada hikmahnya.

“Proses penciptaan lagu ini bermula sekitar 2013 kira-kira 7 tahun lalu dan mengambil masa yang lama untuk di siapkan. 

“Sebenarnya, versi akustik lagu ini sudah dimuatnaik di YouTube setahun yang lalu. Disebabkan ramai yang suka, kami setuju untuk merakamkannya.

“Lagu ini merupakan lagu pertama yang saya ingin berkolabrlorasi dengan Akwa sebelum tercipta lagu Tak Kisah Pun’, mungkin ada hikmahnya atas tertangguhnya lagu ini. 

“Saya harap lagu ini diterima baik seperti mana lagu Kosong dan Satu, secara tidak langsung merupakan nombor susunan.

BETUL ke Najwa dan Akwa bercinta?

“Lagu ini mengisahkan  tentang menerima seseorang itu seadanya,” ujar Najwa Latif yang kini berasa lega apabila vidoe muzik Dua telah pun dilancarkan baru-baru ini.

Nak tahu sejauh mana romantisnya Najwa Latif dan Akwa, kenalah tonton vidoe muzik Dua dalam lama youtube Najwa Latif. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas