Kes dadah meningkat 25 peratus di Labuan
LABUAN menyaksikan peningkatan 25 peratus kes jenayah berkaitan dadah tahun ini bermula Januari hingga setakat ini, berbanding tempoh sama tahun lepas. Ketua Polis Labuan Supt Mohd Hamizi Halim berkata pihaknya menahan 155 individu atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 dan merampas dadah serta aset bernilai keseluruhan lebih RM71,000 dalam tempoh tersebut.