Caj kuarantin hotel dikenakan mulai 1 Jun

Caj kuarantin hotel dikenakan mulai 1 Jun

PUTRAJAYA – Caj kuarantin hotel dikenakan kepada mana-mana individu yang memasuki negara bermula 1 Jun depan.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu hasil mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang mana caj 50 peratus kuarantin akan dikenakan kepada warga Malaysia.

“Ini bermakna mereka hanya perlu membayar 50 peratus daripada RM150 caj hotel.

“Walau bagaimanapun bagi bukan warganegara termasuk pemastautin tetap dikenakan caj 100 peratus,” katanya dalam sidang akhbar harian di sini hari ini.

Beliau turut menjelaskan MKN telah memutuskan mereka yang ingin pulang ke Malaysia perlu menandatangani surat persetujuan membayar caj kuarantin hotel tersebut di pejabat kedutaan Malaysia yang berdekatan.

Ujar Ismail Sabri, pejabat kedutaan Malaysia seterusnya akan mengeluarkan surat kelulusan pulang ke tanah air.

“Jabatan Imigresen pula mengeluarkan arahan kepada semua syarikat penerbangan untuk memastikan surat kelulusan dijadikan syarat sebagai penumpang pulang ke tanah air,” katanya. – WILAYAHKU

CATEGORIES
TAGS