Berita

49,437 pelajar IPT telah dihantar pulang

Seramai 49, 437 pelajar IPTA/IPTS dihantar pulang ke kampung halaman masing-masing.
- Diterbit 20 Mei 2020 8:01 AM MYT

PUTRAJAYA – Seramai 49, 437 pelajar institut pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA/IPTS) telah dihantar pulang ke kampung halaman masing-masing.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, jumlah penghantaran tersebut direkodkan bagi tempoh 27 April hingga semalam.

“Hari ini, tiga penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kuching, Sarawak dijadualkan membawa 861 pelajar.

“Selain itu, satu penerbangan dari Kuching ke Kota Kinabalu, Sabah juga dijadualkan membawa 160 pelajar,” katanya dalam sidang akhbar harian di sini hari ini.

Jelas Ismail Sabri, seramai 894 pelajar pula akan dihantar pulang esok melibatkan dua penerbangan masing dari Kuala Lumpur ke Kuching dan Kuching ke Kota Kinabalu. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas