Selebriti

“Biarlah Ruhainies selesaikan hal itu secara aman” – Zul Ariffin

- Diterbit 29 Mac 2024 5:37 PM MYT

PELAKON Zul Ariffin,37, menegaskan dirinya tidak mahu mencampuri urusan peribadi rakan artisnya, Ruhainies yang ditangkap khalwat bersama Aliff Aziz baru-baru ini.

Bagi Zul, dia tidak berhak memberi sebarang komen dan berharap agar Ruhainies dapat menyelesaikan apa yang terjadi secara aman.

“Biarlah Ruhainies selesaikan hal itu secara aman. Sebagai orang luar saya tidak layak berkata apa-apa. Saya cuma tahu apa yang dilaporkan media sahaja.

“Saya enggan letakkan diri dalam kelompok mereka yang rugi atau membuang pahala puasa sebab ramai sangat yang suka cakap bukan-bukan.

“Lebih baik saya asingkan diri, jangan campur tangan dan lihat dari jauh. Mungkin dia perlukan masa untuk selesaikan hal itu,” katanya  ketika ditemui pada majlis berbuka puasa Astro dan Sidang media preview program istimewa sepanjang syawal di saluran itu.

Zul juga mengambil pendekatan untuk lebih berhati-hati  memberi komen apatah lagi dalam bulan Ramadan.

“Benda tersebut bukannya perkara yang seronok, jadi saya cuma mampu doakan yang terbaik kepadanya.

“Kalau pasal kerja saya memang boleh bagi komen, tapi ini hal peribadi, jadi saya takut, lebih baik saya jaga lidah,” jelasnya. – WILAYAHKU

 

 

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas