Selebriti

“Berehatlah mak, Allah lebih menyayangimu” – Ibu DJ Lin meninggal dunia

- Diterbit 24 Jun 2022 2:56 AM MYT

PENYAMPAI radio Suria FM, DJ Lin, menerusi akaun media sosialnya memberitahu bahawa ibu kesayangannya, Puteh Jantan, 80, menghembuskan nafas terakhir akibat penyakit buah pinggang di kediamannya di Johor Bahru, Johor pada jam 4.50 pagi ini.

“Salam Jumaat semua, dengan lafaz Bismillah, saya ingin memaklumkan bahawa ibunda tercinta, Hajah Puteh Jantan baru sahaja meninggal dunia jam 4.50 pagi ni (Jumaat, 24 Jun 2022) di rumah kami di Jalan Merpati, Larkin Jaya.

“Jenazah akan dikebumikan sebelum waktu solat Jumaat. Mohon sedekahkan al-Fatihah buat arwah agar rohnya tenang di alam sana dan ditempatkan bersama golongan yang beriman. Ameen Ya Rabbal Alamin,” tulisnya.

Dalam pada itu, luahan Ras DJ Lin terhadap ibunya membuatkan ramai sebak.

“Mak, terima kasih atas segala kasih sayang, pengorbanan serta jasa yang mak taburkan buat Lin dan semua anak-anak.

“Berehatlah mak… Puas mak menanggung kesakitan. Kami semua dah berusaha yang terbaik untuk membantu menyembuhkan sakit mak namun Allah lebih menyayagimu mak.

“Mak akan sentiasa ada dihati kami dan kenangan kita bersama takkan pernah sekali pun orang lupakan ya mak. Al-Fatihah,” coretnya.

Terdahulu, Puteh dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru akibat penyakit buah pinggang, minggu lalu dan arwah meninggalkan sembilan anak, lebih 40 cucu serta cicit. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas