Berita

Bengkel ajar konsep amalan kebun organik

kEBUN Bayview Garden mula dilaksanakan pada 12 September 2020 oleh penduduk Apartmen Bayview Court 1D, Taman Seri Sentosa, Lembah Pantai, Kuala Lumpur dengan anggaran keluasan 6,439 kaki persegi.
- Diterbit 4 November 2022 3:43 AM MYT

BAYVIEW Green Garden dengan kerjasama Jabatan Pertanian Malaysia telah mengadakan sebuah bengkel bagi meningkatkan pengetahuan ahli kebun Sentosa Bayview Green Garden dan komuniti setempat serta 17 pelajar jurusan Sains Pengurusan Alam Sekitar, Universiti Malaya terhadap konsep amalan kebun organik.

Bengkel itu dilatih oleh Pengarah Bahagian Pertanian Bandar, Jabatan Pertanian Malaysia, Jong Chun Sung yang bertujuan untuk memberi pendedahan terhadap penyediaan medium bersesuaian terhadap tanaman termasuk cara pembuatan kompos.

Jong berkata melalui bengkel ini peserta dapat mengetahui pelbagai teknik yang boleh digunakan
untuk penghasilan kompos dengan mudah melalui ruang sedia ada selain turut mempelajari teknik menghasilkan kompos menggunakan teknik batas dan di dalam tong.

“Saya juga dibantu oleh Pegawai Pertanian, Islah Ishak yang berkongsi tentang kepentingan penyediaan media untuk tanaman melalui campuran asas tanah, pasir dan bahan organik dengan nisbah yang betul,” katanya yang turut dibantu Pegawai Pertanian, Maslinda Musa.

Terdahulu, kebun ini mula dilaksanakan pada 12 September 2020 oleh penduduk Apartmen Bayview Court 1D, Taman Seri Sentosa, Lembah Pantai, Kuala Lumpur dengan anggaran keluasan 6,439 kaki persegi. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas