Berita

BANTUAN PRIHATIN ELEKTRIK (BPE)

- Diterbit 8 Ogos 2020 6:00 AM MYT

1. Apakah BPE?
BPE adalah pakej bantuan tambahan diberikan Kerajaan Malaysia bersama TNB kepada semua pelanggan domestik layak menerima manfaat penggunaan elektrik percuma sehingga RM77 sebulan bersamaan kadar penggunaan elektrik sehingga 300kWj pertama untuk tempoh 3 bulan pelaksanaan PKP.

Di samping itu, pengguna domestik dengan kadar penggunaan eIektrik antara 601 – 900kWj sebulan akan menikmati diskaun tambahan 10% iaitu tambahan 8% daripada kadar diskaun sedia ada sebanyak 2% mulai April hingga Disember 2020.

2. Apakah perbezaan antara BPE dengan diskaun PRIHATIN?
Diskaun Prihatin diberi kepada pelanggan mulai April 2020 sehingga Disember 2020, manakala BPE adalah bantuan tambahan diberikan secara sekaligus bagi meringankan beban kenaikan bil yang lebih tinggi sepanjang April 2020 sehingga Jun 2020 yang dihadapi pelanggan.

3. Siapakah yang layak menerima BPE?
Semua pelanggan domestik TNB layak terima BPE yang jumlahnya akan dimasukkan secara sekali gus ke dalam bil Julai 2020.

4. Bagaimana hendak menyemak kelayakan saya atau ahli keluarga atau penyewa rumah untuk menerima BPE?
Pelanggan tidak perlu menyemak kelayakan kerana BPE diberikan secara automatik kepada semua pelanggan domestik.

5. Saya adalah pelanggan meter pintar. Adakah saya layak menerima BPE
Semua pelanggan domestik layak menerima BPE ini, termasuklah pelanggan meter pintar.

6. Adakah pelanggan komersial, perindustrian dan pertanian juga layak menerima BPE?
BPE hanya diberi kepada pelanggan domestik TNB yang terkesan akibat bil elektrik lebih tinggi daripada kebiasaan pada bulan April, Mei dan Jun 2020.

Bagaimanapun, bagi pelanggan komersial, perindustrian dan pertanian masih menikmati diskaun Prihatin dari April 2020 hingga Disember 2020 yang telah diumum kerajaan sebelum ini.

7. Adakah perlu memohon untuk menerima BPE?
Pelanggan tidak perlu membuat permohonan untuk menikmati manfaat bantuan tambahan ini yang akan diberikan secara automatik.

8. Mengapa BPE hanya mengambil kira bil April 2020 hingga Jun 2020?
TNB sedar bahawa sepanjang pelaksanaan PKP berkemungkinan kadar penggunaan elektrik lebih tinggi daripada kebiasaan. BPE diberi sekali gus kepada semua peIanggan sebagai membantu mengurangkan bebanan bil lebih tinggi.

9. Mengapa bantuan ini tidak diberi lebih awal semasa Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau Pakej Rangsangan Ekonomi, hanya diberi setelah saya menerima bil yang tinggi?
Awal permulaan PKP, diskaun Prihatin telah pun diberi bermula April hingga September 2020 dan atas dasar keprihatinan Kerajaan, maka BPE pula diberi kepada pelanggan yang terbeban jumlah bil lebih tinggi dengan harapan dapat mengurangkan beban kewangan mereka.

10. Siapa beri BPE adakah TNB atau Kerajaan?
BPE adalah bantuan tambahan oleh kerajaan MaIaysia dengan kerjasama TNB yang bertujuan meringan beban para pelanggan yang terkesan akibat kenaikan bil elektrik lebih tinggi.

Sumber: https://wwwtnb.com.my/prihatin/bantuanprihatin-elektrlk/

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas