Selebriti

Azzam Sham, Sheryl Shazwanie kini sah suami isteri

|SEMOGA Azzam dan Sheryl kekal bahagia hingga ke syurga. Amin..
- Diterbit 1 Januari 2022 8:44 AM MYT

DENGAN sekali lafaz, Azzam Sham atau nama sebenarnya Muhammad Azzammuddin Lop Hisham, 24, telah selamat diijab kabul bersama penyanyi Sheryl Shazwanie Shamsulbahri , 24, di Masjid Nurul Ehsan di Taman Medan, Petaling Jaya, Selangor pada pukul 10 pagi ini.

Azzam menyerahkan mas kahwin berjumlah RM300 bersama dulang cek hantaran, cincin, gelang & mas kahwin buat Sheryl.

Majlis pernikahan pasangan ini diadakan secara tertutup dan dihadiri oleh ahli keluarga terdekat dan kenalan rapat.

SEMOGA Azzam dan Sheryl kekal bahagia hingga ke syurga. Amin..

Pasangan selebriti ini telah mengenali selama lebih 6 tahun sejak keduanya dalam syarikat rakaman yang sama, telah pun mengikat tali pertunangan mereka sejak awal September yang lalu tahun ini.

Mereka mengambil keputusan untuk menjadi pasangan suami isteri yang sah selepas persetujuan kedua belah keluarga untuk melangsungkan perkahwinan selepas 4 bulan dari tarikh pertunangan mereka.

Istimewanya juga majlis pertunangan sebelum ini dilakukan pada 30 September tahun lalu bersempena ulang tahun kelahiran Sheryl Shazwanie.

Berkenaan majlis resepsi, Azzam dan Sheryl akan diraikan dalam satu majlis tertutup hari ini di Shah Alam yang dihadiri ahli keluarga terdekat berikutan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. – WILAYAHKU
Foto: Faridism Production Sdn. Bhd

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas